Topik diikuti
Pergi ke BHkuKawat tahniah dari pemimpin S'pura

Jan 21, 2017 | 5:30 AM
Kawat tahniah dari pemimpin S'pura
PRESIDEN Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus surat tahniah kepada Encik Donald Trump atas pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.
Dalam suratnya itu, Encik Lee berkata beliau menanti-nantikan kerjasama dengan pentadbiran Encik Trump demi memajukan kepentingan bersama Singapura dan Amerika.