Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan banjir di Johor, Pahang makin teruk

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Keadaan banjir di Johor semakin teruk, dengan jumlah orang ramai yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat semalaman.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Sekitar negeri, Encik R. Vidyananthan berkata sehingga 8 pagi semalam, seramai 7,112 orang daripada 1,854 keluarga sedang berteduh di PPS di seluruh negeri.



"Buat masa ini, sebanyak 68 pusat dibuka di lapan daerah di Johor: Johor Baru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Segamat," katanya dalam satu kenyataan.



Tengah malam kelmarin, seramai 6,924 mangsa banjir daripada 1,813 keluarga dicatat di 66 pusat.



Encik R. Vidyananthan juga memberi peringatan kepada mereka yang dipindahkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Covid-19.



"Kita juga perlu menjaga kesihatan kita sementara berada di pusat-pusat itu untuk mencegah daripada dijangkiti sebarang penyakit," katanya.



Di Kuantan pula, sedang hujan lebat terus melanda Pahang, jumlah mereka yang dipindahkan disebabkan banjir di negeri itu melonjak ke 9,176 daripada 2,910 keluarga semalam.



Awal kelmarin, Pahang hanya mencatatkan 44 mangsa di satu pusat pemindahan, diikuti dengan 5,904 orang daripada 2,171 keluarga pada waktu petang.



Banjir di Pahang telah meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas, manakala seorang anaknya hilang dibawa arus ketika meredah banjir di Kampung Gintong, malam kelmarin.



Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan, berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58 tahun, ditemui lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras ketika berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.



Dalam kejadian itu seorang daripada anak lelakinya Ukai Iskandar, 23 tahun, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang di situ, turut hilang dan sehingga pagi semalam masih belum ditemukan.



Di Ipoh pula, hujan lebat mencetuskan banjir di tiga daerah dalam negeri tersebut, memaksa 615 orang untuk dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sehingga 7.30 pagi semalam.



Seorang jurucakap bagi Jabatan Kebakaran dan Penyelamat Perak berkata daerah yang terjejas adalah Kampar, Hilir Perak dan Muallim.



Beliau berkata daerah Tanjung Malim mencatatkan jumlah tertinggi bagi mereka yang dipindahkan iaitu 477 orang, diikuti Hilir Perak iaitu 85 dan kemudian Kampar pada 53.



Di Terengganu, hujan lebat berterusan di Setiu telah memburukkan keadaan banjir dan menyebabkan lebih ramai mangsa di Kemaman dan Dungun untuk dipindahkan.



Sehingga 10 pagi semalam, seramai 804 orang daripada 205 keluarga berteduh di sembilan PPS.



Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata angin kencang dan hujan lebat sekejap-sekejap telah dicatatkan sepanjang daerah tepi pantai dan kawasan pedalaman (interior).



"Keadaan dijangka berterusan dalam 24 jam seterusnya dan penyelamat bersiap sedia untuk memindahkan mangsa banjir apabila diperlukan," katanya. - NST, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >