Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan darurat diisytihar di Auckland, NZ

Jan 28, 2023 | 03:28 PM



AUCKLAND: Bandar terbesar New Zealand, Auckland, telah mengisytiharkan keadaan darurat selepas ia dilanda  hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan pemindahan di banyak kawasan.



Hujan lebat yang turun semalam di Auckland telah mengalihkan rumah, menyebabkan trafik tergendala dan tenaga elektrik terpotong – menjejas rumah dan perniagaan.



Bandar itu dilaporkan menerima sekitar 75 peratus hujan musim panas dalam tempoh hanya 15 jam.



“Kesannya sepanjang 24 jam lalu akan dirasakan ramai yang menetap di Auckland untuk tempoh yang lama,” kata ramalan cuaca negara itu.



Mayor Auckland, Encik Wayne Brown, mengesahkan laporan media bahawa satu mayat telah ditemui di Wairau Valley di North Shore, Auckland.



Encik Brown berkata bahawa beliau amat sedih dengan berita itu.



Polis belum mengesahkan sekiranya kematian itu ada kaitan dengan banjir tersebut.



Beliau berkata prasarana dan perkhidmatan kecemasan amat sibuk akibat kesan bencana yang melanda.



Dalam satu kenyataan, jabatan Kebakaran dan Kecemasan New Zealand berkata ia telah menangani sekitar 1,500 panggilan yang inginkan bantuan.



Pasukan Pertahanan New Zealand sedang membantu dengan pemindahan dan tempat perlindungan kecemasan yang ditubuhkan di serata bandar itu.



Sementara itu, Encik Brown telah mempertahankan dirinya terhadap kritikan yang dilempar bahawa beliau terlalu lambat untuk mengesahkan keadaan darurat, dengan menyatakan bahawa beliau mendapat nasihat daripada para pakar. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >