Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan tiba-tiba berubah jadi panik

May 26, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: "Keadaan tenang dalam tren tiba-tiba bertukar menjadi panik dengan suara penumpang menjerit," kata seorang mangsa insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung berhampiran stesen Kampung Baru, malam kelmarin.



Encik Afiq Luqman Mohd Baharudin, 27 tahun, berkata kemalangan itu berlaku dalam sekelip mata.



"Ketika dalam perjalanan menuju ke arah stesen Kampung Baru, tren tiba-tiba berhenti mengejut hingga menyebabkan sebahagian penumpang tercampak dan terpelanting dalam tren.



"Sekelip mata saja kemalangan berlaku dan keadaan di dalam tren bertukar menjadi panik," katanya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM).



Menceritakan kejadian, Encik Afiq, yang bekerja di sebuah syarikat swasta, berkata kemalangan yang berlaku di laluan bawah tanah berhampiran Stesen LRT KLCC itu mengakibatkan ramai penumpang cedera.



Beliau menaiki tren itu untuk menuju ke Ara Damansara.



"Sebelum kejadian, tren ada berhenti selama 15 minit dan kemudian bergerak semula. Tak sampai 10 saat bergerak, berlaku pelanggaran dan impaknya sangat kuat.



"Saya cedera di kepala, kaki kiri dan sakit dada," katanya.



Encik Afiq berkata beliau dan penumpang lain dibawa keluar oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.



Seorang lagi penumpang, Encik R. Anand Raj, 33 tahun berkata:



"Saya mendengar bunyi kuat dan hentaman pelanggaran itu menyebabkan saya terpelanting beberapa meter dari tempat saya berdiri."



Selain dirinya, sebilangan penumpang lain juga terpelanting dalam gerabak LRT itu, katanya kepada New Straits Times (NST).



Beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Bandar Baru Sentul setelah menghadiri satu sesi latihan di sebuah hotel, ketika perlanggaran itu berlaku.



"Rasanya macam bukan satu kejadian nyata, dan berlaku begitu cepat sehingga saya tidak tahu apa yang baru saja berlaku."



Beliau berasa sakit yang tajam di paha kanannya dan tidak dapat menggerakkan kaki kanannya setelah pelanggaran itu.



"Belakang kepala saya juga cedera dan saya hampir tidak dapat bergerak," tambahnya.



Beliau berkata keadaan dalam gerabak LRT itu huru-hara dengan ramai penumpang berdarah. Yang cedera terbaring di lantai.



"Saya boleh dengar orang menangis dan melihat beberapa orang berusaha menolong mereka yang terbaring di lantai untuk berdiri," katanya sambil menambah bahawa dirinya dalam keadaan bingung selama beberapa minit.



"Hanya setelah sekurang-kurangnya 15 minit baru kami tahu kejadian itu disebabkan oleh perlanggaran.



"Pada waktu itu, anggota penyelamat sudah mula memindahkan penumpang yang cedera," katanya ketika menceritakan pengalaman mengerikan itu. - BHM, NST.




APA KATA PENUMPANG



"Ketika dalam perjalanan menuju ke arah stesen Kampung Baru, tren tiba-tiba berhenti mengejut hingga menyebabkan sebahagian penumpang tercampak dan terpelanting dalam tren...

Sebelum kejadian, tren ada berhenti selama 15 minit dan kemudian bergerak semula. Tak sampai 10 saat bergerak, berlaku pelanggaran dan impaknya sangat kuat.

Saya cedera di kepala, kaki kiri dan sakit dada."

- Encik Afiq Luqman Mohd Baharudin.



"Saya mendengar bunyi kuat dan hentaman pelanggaran itu menyebabkan saya terpelanting beberapa meter dari tempat saya berdiri.

Belakang kepala saya juga cedera dan saya hampir tidak dapat bergerak."

- Encik R. Anand Raj.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >