Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kebakaran belukar di Australia kini terkawal

Jan 13, 2020 | 02:56 PM

SYDNEY: Pasukan pemadam api yakin berjaya mengawal kebakaran di Australia berikutan perubahan cuaca membantu mengurangkan kesannya terhadap kebakaran hutan terbesar negara itu.

Pesuruhjaya New South Wales Rural Fire Service, Shane Fitzsimmons, berkata hanya ada kawasan kecil kebakaran yang perlu dipadamkan dan secara umumnya kebakaran besar hampir tiga bulan di kawasan Gospers Mountain, barat laut Sydney sudah berjaya dikawal.

Api yang marak membakar kawasan taman negara seluas tiga kali ganda Greater London dan turut merebak ke kawasan merangkumi lebih 800,000 hektar iaitu , lebih luas daripada Austria.

Ketika penduduk dan pihak berkuasa masih cuba menerima hakikat betapa besar kemusnahan yang berlaku, Biro Meteorologi meramalkan kawasan yang terbakar mungkin menerima sehingga 50 millimeter (mm) hujan minggu depan selepas kemarau yang berpanjangan.

Flora dan fauna unik Australia paling teruk terjejas akibat malapetaka ini, di mana satu bilion haiwan dianggarkan terbunuh dan banyak lagi pokok serta belukar musnah terbakar.

Menteri Alam Sekitar Australia, Sussan Ley, memberi amaran bahawa di sesetengah kawasan, beruang koala mungkin terpaksa diisytiharkan sebagai haiwan terancam.- AFP 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3