Kebakaran besar di hospital Covid-19 Iraq bunuh sekurang-kurangnya 82 orang, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Kebakaran besar di hospital Covid-19 Iraq bunuh sekurang-kurangnya 82 orang

Apr 25, 2021 | 05:15 PM

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh dan 110 yang lain cedera dalam satu kebakaran pada Sabtu (24 Apr) di sebuah hospital di tenggara Baghdad yang dilengkapi untuk menempatkan pesakit Covid-19, kata beberapa sumber perubatan di tiga hospital berdekatan.

Kebakaran di hospital Ibn Khatib di kawasan Jambatan Diyala di ibu kota  Iraq itu berlaku setelah satu kemalangan menyebabkan tangki oksigen meletup, kata sumber-sumber itu. Banyak ambulans bergegas menuju ke hospital itu, membawa mereka yang cedera akibat kebakaran, kata seorang jurugambar Reuters di tempat kejadian. Pesakit yang tidak cedera dalam kejadian itu juga dipindahkan daripada hospital itu, kata sumber.

Ketua unit pertahanan awam Iraq berkata kebakaran berlaku di tingkat yang dikhaskan buat unit rawatan intensif paru-paru, dengan 90 orang telah diselamatkan daripada hospital itu, agensi berita negara itu INA memetiknya sebagai berkata, sambil menambah bahawa api telah dapat dipadamkan.

Perdana Menteri Iraq, Encik Mustafa al-Kadhimi, memerintahkan satu siasatan ke atas kejadian itu. “Kejadian ini adalah bukti kecuaian dan oleh itu saya mengarahkan agar siasatan dilancarkan dengan segera dengan pengurus hospital dan ketua keselamatan dan penyelenggaraan ditahan bersama-sama semua pihak yang terlibat sehingga kami mengenal pasti mereka yang cuai dan menjadikan mereka bertanggungjawab,” tegas beliau. – Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map