Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan Australia sumbang kepada peningkatan tahap CO2 dunia

Jan 24, 2020 | 04:18 PM



LONDON: Kebakaran hutan di Australia telah menyumbang kepada peningkatan tahunan terbesar tahap karbon dioksida (CO2) di atmosfera bumi sejak tahap tersebut dicatatkan 60 tahun lalu.



Demikian menurut ramalan yang diterbitkan oleh Met Office Britain Jumaat (24 Jan).



Sementara sebahagian besar pengeluaran gas rumah hijau disebabkan oleh paras CO2 yang meningkat, kebakaran hutan Australia telah memburukkan keadaan tersebut, menunjukkan kesan bencana terhadap sistem iklim global.



“Ramalan tahap karbon dioksida di atmosfera menunjukkan 2020 akan menyaksikan salah satu peningkatan paling tinggi sejak ukuran dimulakan di Mauna Loa, Hawaii, pada 1958,” kata Met Office dalam satu kenyataan. 



Tahap CO2 di atmosfera dunia jauh melampaui kadar yang dikatakan selamat oleh saintis.- Reuters. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >