Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Kebakaran hutan di Iskandar Puteri merebak seluas 98 hektar

Aug 26, 2019 | 08:28 AM

JOHOR BARU: Angin yang kuat sejak kebelakangan ini menyebabkan kebakaran hutan di Kampung Pekajang, Iskandar Puteri, merebak ke kawasan seluas 98 hektar berbanding dengan hanya 16 hektar pada hari Jumaat (23 Ogos).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor (JBPM) Datuk Yahaya Madis berkata, pihak Bomba telah bekerja keras selama 24 jam untuk mengendalikannya dan memadamkan 45 peratus atau 44 hektar kebakaran.

Operasi itu dijalankan oleh 79 anggota termasuk pegawai kanan dari 10 stesen di Zon 1 Johor dan stesen dari Zon 2 Johor.

Di samping itu, lima buah lori tangki air yang mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 liter digunakan untuk mengangkut air yang diambil dari hidran api berhampiran untuk memadamkan kebakaran.

"Hari ini ia sedikit gerimis, namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada operasi itu,” kata Datuk Yahaya sambil menambah, "Berdasarkan keadaan semasa, ia dijangka mengambil masa empat hari untuk memadamkan kebakaran.”

Berita Popular

"Tetapi jika teknik 'banjir' dapat dilaksanakan dengan segera, ada kemungkinan api akan segera dipadamkan," katanya ketika dihubungi Ahad (25 Ogos).

Datuk Yahaya berkata, ada cadangan untuk menggunakan teknik pembenihan awan untuk membantu operasi pemadaman kebakaran.

Ia dicadangkan oleh Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri yang dipengerusikan oleh wakil rakyat Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad.

"Berikutan cadangan itu, Jabatan Meteorologi hadir di tapak kebakaran untuk melihat pembentukan awan tetapi hasilnya mungkin akan berjaya sebanyak 50% disebabkan kelembapan awan yang rendah," katanya.

Kebakaran bermula pada petang Jumaat (23 Ogos) akibat cuaca kering. - The Star, Berita Harian Malaysia

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map