Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan: Tentera laut Australia bergegas selamatkan mangsa terkandas di pantai timur

Jan 04, 2020 | 05:30 AM



SYDNEY: Tentera laut Australia bekerja keras semalam untuk menyelamatkan ribuan orang yang terkandas di pantai timur negara yang dijilat api itu sedang cuaca panas dijangka menyebabkan lebih banyak kebakaran di wilayah Victoria dan New South Wales (NSW).



Ketua Negeri Victoria, Encik Daniel Andrews, mengisytiharkan keadaan bencana buat kali pertama, lantas memberikan pihak berkuasa kuasa luas memaksa orang ramai meninggalkan tempat tinggal mereka dan mengawal perkhidmatan.



NSW juga mengisytiharkan keadaan darurat sedang puluhan ribu pelancong digesa meninggalkan taman-taman negara dan kawasan pelancongan terpencil.



Satu lagi kematian akibat kebakaran di NSW disahkan semalam, menjadikan jumlah kematian di negara itu kepada lapan minggu ini.



Dua orang mati dalam kebakaran di Victoria, dan 28 yang lain tidak diketahui keadaan mereka.



Kapal HMAS Choules dan Sycamore tentera laut memulakan pemindahan hampir 1,000 daripada 4,000 orang yang terkandas di pantai di bandar terpencil Mallacoota di timur jauh Victoria, kata Anggota Parlimen persekutuan, Encik Darren Chester, dalam satu kiriman tweet pagi semalam.



Dengan semua jalan disekat, pengangkutan laut dan beberapa pengangkutan udara adalah satu-satunya jalan keluar dari bandar itu, dan setiap perjalanan ulang-alik melalui laut boleh mengambil masa satu hari atau lebih.



Peramal memberi amaran bahawa suhu akan melonjak melebihi 40 darjah Celsius hari ini, dengan membawa kembali angin liar.



"Diramalkan kita akan melihat ribut petir kering di seluruh negeri dan kemungkinan kilat pada pertengahan hingga lewat petang," kata pesuruhjaya pengurusan kecemasan Victoria, Encik Andrew Crisp, kepada ABC News.



Beliau menggesa penduduk di kawasan itu agar meninggalkan rumah mereka serta-merta dan tidak mengharapkan nasib bagi mengelakkan bencana.



"Ini peluang anda keluar. Ia bukan hanya kebakaran yang kita tahu. Ia kebakaran baru yang mungkin bermula hari ini."



Perdana Menteri Australia Scott Morrison menyeru ketenangan kelmarin sebelum mengunjungi bandar Cobargo di NSW yang musnah dibaham api, dengan kedatangan beliau tidak begitu dialu-alukan.



Video menunjukkan Encik Morrison berhadapan dengan sekumpulan penduduk tempatan yang marah, salah seorang daripada mereka menjerit beliau harus "malu dengan dirinya" dan berkata beliau telah "membiarkan negara terbakar".



Bercakap kepada ABC News, Encik Morrison berkata beliau faham terdapat perasaan yang kuat.



"Mereka kehilangan segala-galanya dan masih ada beberapa hari yang sangat berbahaya di hadapan," katanya.



Pemerintah konservatifnya telah lama dikritik kerana tidak melakukan cukup untuk menangani perubahan iklim sebagai punca kebakaran dan kemarau di Australia.



Kebakaran belukar sejauh ini dalam musim ini telah membakar lebih empat juta hektar hutan belantara dan memusnahkan lebih 1,000 rumah, termasuk 381 rumah yang musnah di pantai selatan minggu ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >