Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran liar masih merebak di California

Dec 09, 2017 | 08:15 PM



BONSALL (Amerika Syarikat): Ribuan ahli bomba sedang bergelut memadamkan kebakaran hutan yang merebak liar di California pada Sabtu (9 Disember), memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari Los Angeles dan beberapa kawasan di San Diego.



Hampir 700 struktur, termasuk  rumah agam mewah bernilai berjuta dolar telah musnah dijilat api yang merebak dari enam haluan.



Namun, walau kebakaran merebak liar, pihak berkuasa di kawasan itu melaporkan hanya satu nyawa terkorban setakat ini.



Asak hitam berkepul-kepul di angkara kawasan terjejas, menyebabkan penduduk yang berani keluar dari rumah terbatuk-batuk.



“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini selama 20 tahun hidup di sini,” kata Judy Herman, 76 tahun, bercakap kepada AFP.



Rumah miliknya, di Murrieta, di Timur Los Angeles, masih berdiri, walau ia termasuk dalam zon bahaya yang turut merangkumi ladang dan kandang kuda luas di kawasan itu yang ditakuti dijilat api ‘Liberty’



Dalam pada itu, sejak Isnin lalu, api ‘Thomas’ di wilayah Ventura telah menjilat dan menghanguskan 143,000 hektar ladang dan hutan.



Semalam, angin kencang Santa Ana dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam menyebabkan kebakaran merebak pesat dan liar.



Di San Diego, api ‘Lilac’ membesar dengan pesat, menjilat dan menghanguskan lebih 4,000 hektar ladang dalam tempoh sehari, dan menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penduduk meninggalkan bandar universiti Santa Barbara.



Menurut Lembaga Kuda Lumba California,  kebakaran juga meragut nyawa lebih 20 ekor kuda lumba di lapan kandang di pusat latihan San Luis Rey di bandar Bonsall. Lebih 500 kuda lumba disimpan di sana.



Dalam pada itu, ahli bomba berjaya menangani api ‘Skirball’ di Los Angeles, yang sebelum ini mengancam menghanguskan kawasan perumahan Bel Air.



Rumah agam bernilai jutaan dolar musnah di kejiranan itu, yang turut menempatkan rumah milik selebriti.



Api Rye pula dianggarkan telah memusnahkan lebih 6,000 hektar ladang, sementara api ‘Creek’ telah memusnahkan lagi 15,000 hektar dan 100 struktur, termasuk tempat perumahan.



Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengisytiharkan keadaan kecemasan di California, membenarkan dana federal digunakan untuk membantu penduduk di sana.



California dilanda kebakaran yang paling dasyat tahun ini. Lebih 40 penduduk terkorban Oktober lalu, apabila api menjilat wilayah yang menghasilkan wain di utara San Francisco. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >