MANILA: Encik Ferdinand 'Bongbong' Marcos Jr berusia 28 tahun apabila sebuah helikopter membawa keluar keluarganya daripada Istana Presiden Filipina, sedang jutaan penunjuk perasaan menuntut penyingkiran bapa diktatornya dalam satu revolusi 'kuasa rakyat' yang bersejarah.
Lebih 36 tahun kemudian, anak lelaki itu kini meraikan kemenangan besar dalam pilihan raya presiden terbaru, kebangkitan semula yang luar biasa buat sebuah keluarga yang pernah terkenal dengan pelanggaran hak asasi manusia dan pencurian harta dengan anggaran $10 bilion ($13.89 bilion).