Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebolehjangkitan Covid-19 di M'sia meningkat

Nov 12, 2021 | 08:53 PM



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau hospital di seluruh negara susulan indikator kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) Malaysia meningkat kepada angka 1.0, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Encik Khairy dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya turut menggesa individu yang diberi temu janji dos penggalak Covid-19, supaya mengambil dos berkenaan.


"Warga emas, jika boleh, perlu mengelakkan tempat yang sesak. Amalkan #TRIIS (lakukan uji, lapor,asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera)," kata beliau.


Nilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.



Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter beliau menyifatkan peningkatan semula kadar kebolehjangkitan bermakna kes harian semakin mendatar.


"Kebimbangan kita (KKM) adalah jika ia (kes harian) kembali meningkat," katanya. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >