Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kecoh remaja 16 tahun nikah wanita 71 tahun di Indonesia

Jul 06, 2017 | 05:30 AM



JAKARTA: Seorang remaja berusia 16 tahun dan isterinya, 71 tahun, mengugut mahu membunuh diri jika keluarga mereka enggan merestui perkahwinan mereka, lapor Detik.com.



Ketua kampung Desa Karangendah, Palembang, Sumatera Selatan, Encik Kuswoyo, berkata pasangan itu, Encik Selamat Riayadi dan Cik Rohaya, bertemunya bagi mendapatkan bantuan selepas keluarga isterinya enggan merestui perhubungan tersebut.



"Sebelum Ramadan, pasangan berkenaan datang ke rumah saya dan mahu berkahwin, namun tidak mendapat restu daripada keluarga pihak perempuan," katanya.



Encik Kuswoyo berkata mereka akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan bantuan masyarakat di sini.



"Mereka berkahwin sebulan kemudian selepas abang Cik Rohaya bersetuju menjadi wali pernikahan itu.



"Keluarga Rohaya pada mulanya membantah perkahwinan itu ekoran perbezaan umur yang ketara antara pasangan itu.



Beliau berkata tiada faktor ekonomi di sebalik perkahwinan itu kerana masing-masing bukan daripada golongan berada.



Kisah pasangan itu menjadi perhatian selepas video upacara perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah Encik Kuswoyo tular di media sosial.



Ketika diwawancara wartawan Sriwijaya Post, Cik Leni Juwita, Encik Selamat berkata: "Kalau sudah menikah, artinya sayang,".



Mendengar ucapan tersebut, Cik Rohaya tampak tersipu.



"Sudah, jangan lihat aku terus," ujar Cik Rohaya.



Kededuanya, Encik Selamat mahupun Cik Rohaya, mengaku pernikahan mereka ditentang pihak keluarga masing-masing.



Encik Selamat mengaku beliau sekarang sangat bahagia kerana wanita yang dulu dipanggilnya bibik kini menjadi isterinya.



Mereka mengaku sangat mencintai satu sama lain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >