Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kecoh sidang pertama parlimen baru M’sia

Jul 16, 2018 | 05:05 PM



KUALA LUMPUR: Hari pertama sidang Dewan Rakyat penggal baru Malaysia hari ini menyaksikan kekecohan apabila Ahli Parlimen (AP) pembangkang Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) meninggalkan dewan bagi membantah pelantikan Speaker baru.



Selain itu, presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang sekarang dikuasai gabungan Pakatan Harapan.



Ini kali pertama BN, yang turut dianggotai Umno, menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat, setelah kalah dalam pilihan raya umum Mei lalu selepas menjadi kerajaan lebih 60 tahun sejak merdeka pada 1957.



Bantahan oleh AP BN dan PAS berlaku selepas pembangkang mengejek ketika Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mantan hakim Mahkamah Rayuan berusia 69 tahun, mengangkat sumpah sebagai Speaker.



Dua AP BN – Encik Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) dan Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) – tidak menyertai bantahan itu. 



AP BN dan PAS mendakwa proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff tidak telus, dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru) menimbulkan persoalan peraturan sidang apabila setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, membacakan usul yang mencadangkan Datuk Mohamad Ariff sebagai calon tunggal bagi jawatan Speaker.



Usul itu dibentangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



“Kami tidak membangkang pilihan Speaker tapi (kami membangkang) proses perlantikan beliau,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli parlimen Umno dan bekas timbalan perdana menteri yang kini ketua pembangkang. 



Mantan Perdana Menteri Najib Razak, yang turut meninggalkan dewan, berkata: “Sebagai pihak pembangkang, kami ingin menekankan prinsip mematuhi peraturan.”



Memberikan respons terhadap insiden tersebut, Dr Mahathir berkata: 

“Sikap mereka ini sama (dengan apa yang dilakukan parti pembangkang sebelum ini), sikap yang mereka kata tidak baik.” 



Encik Khairy memberitahu media beliau “masih dalam Umno” walaupun tidak menyertai bantahan itu, dan ingin menghormati majlis angkat sumpah Speaker serta menjadi AP pembangkan contoh. 



Mengulas kemungkinan dikenakan tindakan disiplin parti, beliau berkata ia terpulang pada pemimpin Umno.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >