Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedai makan diizin buka hingga waktu sahur di M'sia

Data Kementerian Kesihatan tidak tolak kemungkinan berlakunya gelombang keempat jangkitan Covid-19
Apr 14, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan membenarkan kedai makan untuk dibuka hingga tengah malam pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang berpuasa membeli makanan untuk sahur, kata Menteri Kanan (Kelompok Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Pada masa yang sama, beliau mengingatkan bahawa data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan gelombang keempat jangkitan Covid-19 di Malaysia mungkin berlaku.



Datuk Ismail berkata kerajaan telah menerima banyak permintaan daripada perniagaan makanan untuk diizinkan beroperasi melepasi waktu tutup biasa tengah malam dan kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan mereka terus beroperasi hingga jam 6 pagi, atau waktu yang ditentukan oleh pihak berkuasa perbandaran tempatan, lapor akhbar The Star kelmarin.



"Ini akan membolehkan orang ramai, terutama yang masih bujang, untuk keluar dan membeli makanan untuk sahur. (Pelanggan) dibenarkan untuk membawa pulang makanan atau makan di kedai," katanya.



Kedai makan biasanya dikehendaki ditutup pada tengah malam di Malaysia.



Umat Islam di Malaysia memulakan ibadah puasa mulai semalam.



Datuk Ismail berkata berkata majlis buka puasa dan aktiviti keagamaan di masjid juga akan dibenarkan pada bulan Ramadan ini tetapi di bawah protokol kesihatan yang ketat.



Kerajaan tahun lalu melarang semua acara besar-besaran disebabkan pandemik Covid-19.



Datuk Ismail berkata meja di majlis yang menyajikan bufet Ramadan mesti ditempatkan sekitar dua meter antara satu sama lain, dan di kawasan-kawasan yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan (MCO) tahap kedua, yang digelar MCO bersyarat, "jumlah tetamu yang dibenarkan di tempat acara hanya hingga 50 peratus daripada kapasiti biasa".



Bagi negeri-negeri di bawah kawalan pergerakan tahap ketiga, MCO yang kurang ketat, tempat-tempat acara boleh diisi dengan kapasiti penuh tetapi dengan jarak sosial dan pemakaian pelitup yang wajib, lapor akhbar itu lagi.



Datuk Ismail berkata solat tarawih di masjid dan ruang solat lain dibenarkan di bawah protokol kesihatan yang ketat, dan mereka yang hadir perlu membawa sejadah sendiri.



Pihak berkuasa agama peringkat negeri boleh menetapkan peraturan mereka sendiri, sedang hal-hal keagamaan tertakluk di bawah bidang kuasa jabatan agama negeri, katanya.



Kelonggaran itu diumumkan walaupun kes Covid-19 harian kebanyakannya melebihi 1,000 kes dalam empat bulan pertama tahun ini.



Kes harian merosot ke bawah tahap 1,000 hanya sekali tahun ini, kepada 941 pada 29 Mac.



Kes harian mencapai tahap tertinggi 5,728 kes pada 30 Januari, tetapi kebanyakannya mencapai angka lebih 1,000 tetapi di bawah 2,000 pada tujuh minggu terakhir.



Sementara itu, Datuk Ismail berkata Malaysia berisiko menghadapi gelombang keempat daripada koronavirus, lapor Malay Mail.



Beliau berkata maklumat itu dikumpulkan daripada penilaian risiko Kementerian Kesihatan sejak 14 hari yang lalu.



"Secara keseluruhan, kementerian telah mengesahkan bahawa kes Covid-19 di kebanyakan negeri sekarang tidak stabil, dengan R0 meningkat melebihi 1," katanya.



R0, yang disebut 'R-naught', ialah istilah yang menunjukkan tahap penularan penyakit berjangkit.



Malaysia melaporkan gelombang jangkitan koronavirus pertamanya pada Januari tahun lalu, yang melibatkan pelancong dari China.



Gelombang kedua berlaku pada akhir Februari dan pada awal bulan Mac tahun lalu, dengan melibatkan perhimpuan antarabangsa di sebuah masjid di kawasan Sri Petaling berdekatan Kuala Lumpur.



Gelombang ketiga bermula sekitar September tahun lalu berikutan pilihan raya negeri Sabah yang menyebabkan pergaulan dalam kalangan ahli politik, pekerja kempen dan penduduk Sabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >