Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perhimpunan Agung UMNO 2022: Kedudukan Ahmad Zahid, Mohamad Hasan tidak akan dicabar

Jan 14, 2023 | 06:38 PM



KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno kesembilan terjamin untuk tempoh tiga tahun akan datang.



Ini berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 meluluskan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei ini.



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang memegang jawatan presiden selepas dipilih pada 2018, sudah mengumumkan sebelum ini untuk mempertahankan jawatan nombor satu parti Melayu yang mempunyai keanggotaan lebih 3.4 juta orang.



Dengan keputusan PAU itu, kedudukan timbalan beliau Datuk Seri Mohamad Hassan juga terjamin untuk tempoh yang sama.



Naib Presiden Umno, Datuk Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan usul berkenaan diterima perwakilan.



Katanya undian dijalankan melalui kiraan tangan dan perwakilan yang berdiri sebagai menyatakan sokongan.



Satu sumber memberitahu Berita Minggu usul tersebut diterima majoriti perwakilan dengan  jumlah yang hadir pada PAU 2022 adalah 2,648 orang.



Hanya empat kali pemilihan Presiden berlaku sepanjang sejarah penubuhan 70 tahun Umno yang melibatkan Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Fuad Hassan (1951); Tun Hussien Onn dan Sulaiman Palestin (1978); Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Ku Li) (1987) serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan empat pencabar (2018).



Sebelum itu, Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badrudin Amiruldin membenarkan usul tambahan dibahaskan oleh perwakilan daripada negeri, sama ada bersetuju atau tidak usul tambahan yang dibawa oleh wakil Negeri Sembilan, Encik Mohd Shukri Shamsudin.



Pada Sabtu (14 Januari), Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dilapor gamat selepas perwakilan Negeri Sembilan mencadangkan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.



Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, beberapa perwakilan dilihat bangun selepas cadangan usul itu dibangkitkan sambil bertepuk tangan dengan laungan suara ‘setuju’, selain ada kumpulan perwakilan dilihat membantah cadangan usul tambahan itu dengan laungan ‘boo’.



Sebelum itu, pada perbahasan usul tersebut, wakil Johor, Datuk Pandak Ahmad, mendakwa usul tambahan itu tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan.

Menurutnya, usul tambahan itu bertentangan dengan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.



Katanya lagi, usul itu sepatutnya dibawa secara berasingan, bukan secara serentak dengan usul Ucapan Dasar Presiden.

Wakil Wilayah Persekutuan pula menolak usul tambahan tersebut kerana sekiranya diluluskan, ia boleh mempengaruhi sentimen sokongan pengundi Melayu terhadap Umno.



Jurucakapnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, berkata kesannya bukan saja kepada parti, malah kepada 60 peratus pengundi Melayu di luar sana yang sedang memerhati tindak tanduk Umno.



“Sekiranya dua jawatan ini tidak dipertandingkan, saya bimbang pengundi di luar parti akan menilai parti kita dari perspektif yang negatif” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >