Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedutaan Indonesia sangkal laporan sekatan terhadap pelawat dari S’pura

Feb 11, 2020 | 09:42 PM



KEDUTAAN Besar Republik Indonesia (KBRI) di Singapura telah menyangkal satu laporan yang mengatakan kedatangan warga Indonesia ataupun warga negara lain yang berasal dari Singapura ke negara itu telah ditolak.



Menerusi satu catatan Facebook semalam, kedutaan itu menjelaskan bahawa isu tersebut tidak benar.



“Pemerintah Indonesia tidak menolak kedatangan WNI (warga negara Indonesia) mahupun warga negara lain yang datang ke Indonesia dari Singapura, selama yang bersangkutan tidak memiliki riwayat perjalanan ke RRT (Republik Rakyat Tiongkok atau China) dalam kurun waktu 14 hari terhitung mulai 3 Februari 2020 (sesuai Permenkumham No. 3 Tahun 2020),” kata kedutaan itu.



Kedutaan itu juga meminta agar masyarakat kekal tenang dan tidak menyebarkan berita yang tidak bertanggungjawab serta merujuk kepada agensi berita rasmi untuk mendapatkan maklumat.



Kedutaan itu menambah bahawa tiada larangan dikenakan ke atas warga Indonesia untuk mengunjungi Singapura pada ketika ini.



Pihak mereka juga menasihatkan warga Indonesia yang berada di sini atau ingin pergi ke Singapura agar mengambil langkah berjaga-jaga.



Ini termasuk tidak panik dan tetap tenang selain bersikap berhati-hati dan bertindak secara bertanggungjawab.



Nasihat lain termasuk menghindari tempat-tempat keramaian jika tidak perlu dan menjaga kesihatan dan kebersihan diri.



Kedutaan menasihatkan masyarakat supaya terus memantau perkembangan melalui laman Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dan laman KBRI Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >