Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Keganasan di California: Dua suspek mati ditembak

Dec 03, 2015 | 10:55 AM

SAN BERNARDINO (California): Dua suspek yang disyaki menembak mati 14 orang di sebuah pusat untuk golongan kurang upaya telah ditembak mati dalam satu kejadian tembak-menembak dengan pihak polis beberapa jam selepas keganasan berlaku.

Suspek berkenaan - seorang lelaki dan seorang wanita - menggunakan senapang dan pistol, kata Ketua Polis San Bernardino Jarrod Burguan, kepada pihak media.

Suspek mengenakan pakaian seakan sedia bertempur.

Para pengganas ini melepaskan tembakan terhadap sekumpulan orang yang sedang berpesta sempena percutian mereka di sebuah agensi khidmat masyarakat di San Bernardino, California, menyebabkan 14 maut dan 17 cedera dan ramai lain melarikan diri dari tempat kejadian, kata pihak berkuasa. 

Seorang suspek lagi telah ditahan berdekatan tempat berlakunya keganasan tetapi dipercayai tidak terlibat dalam keganasan itu, kata Encik Burquan. - CNN.com

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3