Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keganasan di Myanmar tak bermanfaat, hanya rakyat jadi mangsa: Jokowi

May 09, 2023 | 05:30 AM



MENJELANG SIDANG PUNCAK ASEAN



KEGANASAN berterusan di Myanmar tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak dan hanya rakyatnya menjadi mangsa semata-mata, kata Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, sambil menggesa pihak terlibat mencari huraian aman menerusi dialog.



Beliau, yang turut dikenali sebagai Encik Jokowi, berkata sebagai pengerusi Asean, Indonesia telah mempelbagai usaha mencari huraian, termasuk membangunkan bersama Pusat Menyelaras Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana Asean (AHA Centre).



Ini membolehkan penilaian bersama keperluan kemanusiaan di Myanmar - yang tertunda sebelum itu kerana kurang akses - dijalankan, ujar Encik Jokowi dalam satu sidang media pada Isnin mengenai Sidang Puncak Asean ke-42, yang akan diadakan di Labuan Bajo di Nusa Tenggara, Indonesia, pada 10-11 Mei.



Baru-baru ini, usaha pusat itu - bersama pasukan pemerhati Asean - menyerah bantuan kemanusiaan di Myanmar tidak kesampaian apabila kejadian tembakan berlaku di tengah jalan, kata Encik Jokowi.



Namun, insiden itu tidak akan melunturkan tekad Asean dan Indonesia untuk terus menekankan supaya keganasan dan kekerasan di Myanmar dihentikan, kata Encik Jokowi, yang akur keadaan di negara itu amat rumit dan telah lama berlarutan.



Myanmar dibelenggu kemelut politik dan keganasan sejak tentera Myanmar merampas kuasa daripada pemerintahan Cik Aung San Suu Kyi pada Februari 2021.



Sejak itu, junta itu telah menggunakan keganasan - sesetengahnya membawa maut - untuk menyekat tentangan terhadap tindakan mereka itu.



Ia juga belum melaksanakan Persetujuan Lima Perkara yang dilakar Asean bagi Myanmar pada 24 April 2021.



Persetujuan itu, antara lain, menggesa semua pihak yang terlibat mengadakan dialog dan menghentikan keganasan; melantik duta khas Asean bagi membantu proses timbang tara; membenarkan Asean menyediakan bantuan kemanusiaan dan supaya rombongan dari Asean dibenarkan melawat Myanmar untuk bertemu semua pihak terlibat.



Bercakap di sidang media di Hotel Meruorah Komodo Labuan Bajo pada Isnin, Encik Jokowi menekankan peri pentingnya persetujuan tersebut dilaksana.



"Hanya rakyat yang akan menjadi korban dan keadaan ini tidak akan memberikan kemenangan kepada sesiapa. Marilah kita duduk bersama. Ciptakan ruang dialog untuk mencari solusi bersama," ujarnya.



Semasa sidang media itu, Encik Jokowi berkongsi tiga perkara yang bakal diketengahkan di Sidang Puncak Asean ke-42, yang dianjurkan oleh oleh Indonesia sebagai pengerusi Asean kali ini.



Selain berbincang tentang keadaan di Myanmar, Indonesia akan mengetengahkan usaha membanteras pemerdagangan manusia, terutama yang dijalankan menerusi penipuan dalam talian; dan usaha Indonesia memindahkan rakyatnya dari kawasan konflik di Sudan.



Hujah Encik Jokowi mengenai Myanmar itu selari dengan hujahnya sebelum ini, apabila beliau berkata Asean tidak seharusnya menjadi proksi bagi negara lain dalam usaha menghuraikan pelbagai isu, termasuk di Myanmar, dan peri penting huraian diperolehi menerusi dialog.



Beberapa pertemuan peringkat pegawai kanan dan menteri telah dijadual sebelum sidang puncak tersebut, termasuk Pertemuan Menteri Ehwal Luar Asean pada Selasa.



Myanmar, yang tidak dibenar menyertai pertemuan utama Asean sejak 2022 kerana gagal melaksana rancangan perdamaian, dijangka tidak hadir. Namun, wakil bukan politik dari negara itu telah diundang menghadiri sidang puncak itu.



Perdana Menteri Timor-Leste, Encik Taur Matan Ruak dijangka hadir walapun negaranya bukan anggota Asean.



Beliau akan hadir sebagai pemerhati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >