Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kegiatan berkait korban tidak dibenar di masjid, surau: Mufti Johor

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pelaksanaan ibadat korban melibatkan aktiviti sembelih, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban pada Aidiladha tahun ini tidak dibenar dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh Johor.



Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, aktiviti itu hanya dibenarkan dibuat di rumah sembelihan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.



"Agihan akan dilaksanakan terus pihak penganjur kepada peserta dan asnaf fakir miskin selepas selesai kerja ibadat korban di rumah sembelihan.



"Dalam situasi yang sedang berlaku di waktu ini, pelaksanaan ibadat korban perlu dilihat dalam pelbagai sudut termasuk dalam memutuskan rantaian Covid-19," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.



Beliau berkata, bagi tahun ini pusat penyembelihan yang berdaftar berjumlah 115 rumah sembelih sementara di negeri ini; 12 pemegang lesen swasta rumah penyembelihan (ruminan); lima rumah sembelih swasta sementara dan 10 Pejabat Perkhidmatan Veterinar di semua daerah.



Katanya, walaupun begitu pelaksanaan ibadat korban dibenarkan hanya melibatkan ibadat wajib.



Jelas beliau, ibadat korban wajib dimaksudkan ialah korban nazar dan korban kali pertama iaitu mereka berkemampuan tetapi belum melaksanakan ibadat tersebut sebelum ini.



"Tarikh dan masa dibenarkan ialah bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Bagaimanapun, pelaksanaan korban pada hari pertama hendaklah selepas solat sunat Aidiladha dan khutbah dilaksanakan," katanya.



Waktu operasi rumah sembelihan berdaftar, katanya, tertakluk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >