Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Kehilangan' wartawan Arab Saudi di Turkey diselubungi tanda tanya

Oct 15, 2018 | 05:30 AM



ISTANBUL: Misteri menyelubungi kehilangan seorang pengkritik terkemuka di Arab Saudi selepas Riyadh mengumumkan bahawa pengkirik itu sudah meninggalkan konsulatnya di Istanbul.



Walau bagaimanapun, Turkey dan tunang Encik Jamal Khashoggi, Cik Hatice Cengiz, berkata mereka tidak mendengar khabar sejak wartawan itu memasuki bangunan konsulat tersebut.



Encik Khashoggi, seorang penyumbang kepada akhbar The Washington Post, pergi ke konsulat Arab Saudi pada Selasa lalu bagi mendapatkan dokumen rasmi untuk perkahwinannya.



Tunangnya melaporkan bahawa kehilangan wartawan itu, yang sudah hidup dalam buangan sendiri di Amerika Syarikat sejak tahun lepas bagi mengelak penangkapan, tidak kelihatan keluar daripada bangunan berkenaan.



Rangkaian media antarabangsa terus mengulangi laporan yang mendakwa wartawan Arab Saudi itu telah dibunuh dalam konsulat Riyadh di Instanbul ketika beliau mahu mendapatkan dokumen perkahwinan.



Sejak Jumaat lalu, beberapa rangkaian media mendakwa Arab Saudi telah menahan Encik Khashoggi di konsulatnya di Turkey itu.



Putera Mahkota Mohammed Salman turut menafikan dakwaan itu menerusi satu wawancara dan membenarkan Turkey memeriksa konsulat tersebut.



Minggu lalu, sebuah pasukan daripada agensi berita Reuters memasuki premis itu dan mendapati Encik Khashoggi tiada di konsulat tersebut selepas beliau dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.



Mereka kemudiannya menghubungi pihak keselamatan Turkey dan dimaklumkan tentang "teori munasabah" tentang kehilangan Encik Khashoggi yang didakwa dibunuh serta mayatnya dipindahkan ke tempat lain.



Hasil daripada maklumat itu, Reuters menerbitkan "laporan eksklusif" pada Jumaat lalu, memetik teori yang lemah dan sumber yang tidak dinyatakan mengenai pembunuhan tersebut.



Laporan itu akhirnya diterbitkan serentak sehari selepas itu menerusi beberapa rangkaian media dan akaun media sosial hingga memaksa Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, menafikan perkara tersebut.



Jelas Encik Erdogan, beliau mengikuti perkembangan kes tersebut dan berharap hasilnya positif.



Dalam satu kenyataan, pemimpin tersebut turut meminta Riyadh mengemukakan "bukti" bahawa Encik Khashoggi telah meninggalkan premis tersebut seperti didakwanya.



Berita palsu seterusnya yang disiarkan agensi berita Anadolu mendakwa bahawa 15 kakitangan Arab Saudi telah tiba di premis itu dan meninggalkan konsulat tersebut selepas Encik Khashoggi dibunuh.



Ia kemudiannya memperbetulkan semula laporan tersebut, "Delegasi Keselamatan Saudi tiba di Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Ahad, beberapa hari selepas kehilangan Khashoggi".



Laporan berita sedemikian menyebabkan aktivis Kuwait, Encik Mohammed al-Awadi, yang merupakan rakan Encik Khashoggi berasa sedih dan terpaksa memohon maaf kerana menghantar Tweet ucapan takziah kepada sahabatnya itu.



Anak sulung Encik Khashoggi, bagaimanapun, menyelar pihak asing yang cuba mempolitikkan kehilangan bapanya.



"Tiada apa yang kami mahu sembunyikan," katanya.



Bekas penasihat kerajaan itu mengkritik beberapa dasar kerajaan Arab Saudi.



Selepas menyepi seketika pada mulanya, Arab Saudi berkata konsulatnya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Turkey "untuk mengetahui tentang keadaan di sebalik kehilangan Jamal Khashoggi selepas beliau meninggalkan bangunan konsulat" dalam satu kenyataan yang diterbitkan semalam oleh agensi berita kerajaan, SPA.



Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Turkey berkata wartawan itu ditahan di konsulat tersebut.



"Menurut maklumat yang kami ada, individu ini yang merupakan seorang warga Arab Saudi masih berada di konsulat Saudi di Istanbul," kata jurucakap presiden, Encik Ibrahim Kalin, kepada pemberita di Ankara.



Beliau berkata kementerian luar Turkey dan polis memantau kes itu dari dekat, dan menambah bahawa Ankara sentiasa berhubung dengan pegawai Arab Saudi.



Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata ia sedang menyiasat perkara itu.



"Kami sangat bimbang mengenai tempat beliau mungkin berada," pengarang pendapat antarabangsa akhbar The Washington Post, Encik Eli Lopez, menyebut dalam satu kenyataan.



"Ia tidak adil dan mengejutkan jika beliau ditahan kerana kerjanya sebagai wartawan dan pengulas," kata Encik Lopez.



Cik Cengiz berkata tunangnya itu pergi ke konsulat untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinan mereka bagi membuktikan Encik Khashoggi belum berkahwin sebelum ini.



Kumpulan Pemberita Tanpa Sempadan berkata kehilangan Encik Khashoggi "amat membimbangkan" dan menyeru kepada pihak berkuasa Arab Saudi dan Turkey "agar melakukan segalanya bagi memastikan wartawan ini muncul semula secepat mungkin".



Hingga kini, misteri kehilangan Encik Khashoggi terus mencetuskan tanda tanya. - Agensi berita, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >