KUALA LUMPUR: Bagi syarikat penerbangan Malaysia, 2014 merupakan tahun yang dahsyat dan memilukan.
Sekiranya tiada mangsa ditemui di kalangan 162 penumpang dan anggota kru pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang pagi kelmarin dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, syarikat penerbangan dari Malaysia akan terlibat dalam tiga bencana penerbangan dahsyat di dunia tahun ini, menurut perangkaan yang dikeluarkan Yayasan Keselamatan Penerbangan, di Alexandria, Virginia.