Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kejadian menembak di New Zealand: Sekurang-kurangnya 49 maut, puluhan cedera teruk, ditembak di dua masjid

Mar 15, 2019 | 03:42 PM



Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera teruk selepas menjadi mangsa tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15 Mac).



Perdana Menteri New Zealand Cik Jacinda Ardern berkata insiden itu adalah serangan pengganas yang dirancang dengan teliti, memaksa pemerintah mengenakan amaran ancaman keselamatan tertinggi di negara itu.



Polis berkata semua masjid di negara itu telah diminta menutup pintu mereka.



“Insiden ini hanya boleh disifatkan sebagai serangan pengganas,” kata Cik Ardern, bercakap di sidang akhbar yang disiarkan di televisyen.



“Berdasarkan apa yang kami ketahui, ia kelihatan seperti telah dirancang dengan teliti.”



“Dua alat letupan yang dipasangkan ke kenderaan suspek telah ditemui dan dimatikan,” kata Cik Ardern lagi.



Menurut Cik Arden, empat individu kini berada dalam tahanan polis kerana memiliki pandangan ekstrem, tetapi tiada yang pernah tertera dalam daftar pemerhatian polis.



“Walau kami tidak mempunyai sebarang bukti, di peringkat ini, bahawa ada suspek lain, kami tidak bertanggapan begitu pada peringkat ini” kata beliau.



Awal dari itu, Cik Arden menyifatkan hari itu sebagai ‘antara hari paling gelap dalam sejarah New Zealand’.



“Jelas, apa yang berlaku di sini ialah perbuatan ganas yang tidak pernah dilakukan dan luar biasa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >