SERANGAN DI ORLANDO
Kekejaman kepada sesiapa tidak boleh diterima
Serangan bercanggah dengan ajaran Islam agar hormati orang lain yang tidak sehaluan pendapat dan nilai
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
MASYARAKAT Islam Singapura mengutuk serangan di kelab gay di Orlando, Florida, sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan mengecam apa jua tindakan berbaur kebencian terhadap mana-mana golongan.
Seperti pelbagai agama lain, Islam menentang perbuatan homoseks, namun pembunuhan orang yang tidak sehaluan pendapat dan nilai tidak boleh diterima sama sekali, kata pakar agama dan pengamat sosial kepada Berita Harian.