Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelompok jangkitan berkaitan gereja cengkam Korea Selatan sekali lagi

Jun 1, 2020 | 10:14 PM
-

SEOUL: Kelompok jangkitan berkaitan gereja sekali lagi mencengkam Korea Selatan berikutan serangkaian jangkitan besar-besaran yang berkaitan dengan kelab dan pusat pengedaran setelah negara itu mengurangkan jarak sosial dan berjuta-juta pelajar kembali ke sekolah.

Korea Selatan melaporkan 35 kes tambahan Covid-19 termasuk 30 jangkitan setempat, meningkatkan jumlah kes kepada 11,503, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

23 kes telah dikaitkan dengan 13 gereja kecil di Incheon, barat Seoul, dan wilayah Gyeonggi.

Semakin banyak kes baru dikaitkan dengan perhimpunan agama di mana penganut tidak mematuhi sepenuhnya langkah kebersihan.

Pada Februari lalu, negara itu melihat peningkatan dalam kes virus berkaitan khidmat gereja di Daegu yang pernah dilaporkan sebagai pusat pandemik Covid-19. - Yonhap

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg