LOS ANGELES: Ahli keluarga jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho sedang berusaha menangkis cubaan Amerika Syarikat merampas aset mereka yang didakwa diperolehi melalui dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselewengkan.
Menurut laporan agensi berita Bloomberg, empat ahli keluarga Jho Low, termasuk abang dan bapanya, telah memulakan tuntutan bagi aset di Amerika Syarikat yang dikenal pasti oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam kes mereka terhadap 1MDB.