SERANGAN DI ORLANDO
Keluarga mula kebumi mangsa, Obama gesa sokong kawal senjata
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
ORLANDO: Beberapa keluarga antara 49 mangsa yang terbunuh di kelab malam gay, Pulse, di Orlando meratapi dan mengebumikan mayat mangsa semalam, sehari selepas Presiden Barack Obama bertemu dengan mangsa yang terselamat sambil berkata Amerika Syarikat perlu bertindak mengawal keganasan senjata.
Pengebumian dijangka diadakan dalam tempoh dua minggu akan datang.