Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga remaja yang mati di hutan M'sia mahu cabar keputusan mahkamah

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keluarga kepada remaja Perancis-Ireland akan mencabar keputusan inkues bahawa remaja perempuan itu meninggal dunia kerana nahas selepas hilang di sebuah hutan di Malaysia semasa bercuti, kata peguam mereka.



Mayat Nora Quoirin, 15 tahun, yang menghadapi kesukaran pembelajaran, ditemui selepas satu usaha mencari besar-besaran dalam hutan itu berikutan kehilangannya dari sebuah resort di luar Kuala Lumpur pada 2019.



Awal bulan ini, seorang koroner memutuskan bahawa kematiannya disebabkan nahas dan bukan satu jenayah, dan berkata bahawa tiada orang lain yang terlibat.



Tetapi ibu bapa remaja itu yang berpangkalan di London, yang percaya anaknya diculik, kini merancang untuk memfailkan permohonan agar keputusan itu disemak semula di mahkamah tinggi, kata peguam, Encik S. Sakthyvell kepada agensi berita.



Beliau berkata permohonan itu akan dibuat secepat mungkin di mahkamah di Seremban, tetapi tidak dapat mengesahkan bila ia akan bermula.



Jika ini gagal, keluarga itu boleh membuat permohonan terakhir di mahkamah rayuan.



Ibu remaja itu, Cik Meabh Quoirin, memberitahu BBC minggu ini bahawa banyak persoalan yang tidak terjawab selepas keputusan itu dan beliau percaya ada yang meletakkan mayat anaknya itu di tempat ia ditemui.



Remaja itu hilang sehari selepas keluarganya menetap di Dusun Resort lantas menyebabkan usaha pencarian selama 10 hari, yang melibatkan ratusan penyelamat, helikopter dan anjing penghidu.



Mayatnya ditemui tidak jauh dari resort itu.



Polis berkata tidak ada tanda perbuatan khianat manakala autopsi merumuskan bahawa kemungkinan beliau meninggal dunia kerana kelaparan dan pendarahan dalaman.



Koroner berkata ada kemungkinan beliau merayau keluar dari resort percutian keluarganya pada waktu malam secara sendirian selepas perjalanan jauh dari Britain ke Malaysia menjadikan beliau keliru.



Namun ibu bapanya telah menolak teori tersebut. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >