Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga tawar ganjaran RM50,000 untuk sebarang maklumat tentang budak perempuan warga Ireland yang hilang

Aug 13, 2019 | 08:23 AM



PETALING JAYA: Ganjaran RM50,000 ($16,500) ditawar bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat tentang budak perempuan warga Ireland yang hilang, Nora Anna Quoirin.  



Beliau dan keluarga tiba di Malaysia dari London pada 3 Ogos untuk percutian selama dua minggu, dan menetap di eko-resort The Dusun yang terletak dalam hutan Negeri Sembilan. 



Hari berikutnya, 4 Ogos pada 8 pagi, mereka mendapati Nora tiada di bilik yang dikongsinya dengan dua adik beradik yang lain. 



Nora, 15 tahun, merupakan anak sulung. 



“Beliau amat berharga kepada kami dan kami berasa begitu sedih. Kami memohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Nora untuk membantu kami dalam usaha mencari beliau,” kata keluarga Nora dalam satu kenyataan. 



Kenyataan tersebut juga memuji pihak polis yang telah bekerja keras untuk membawa Nora Anne pulang ke pangkuan keluarga, dan turut menyentuh tentang ganjaran yang ditawarkan untuk membantu siasatan mereka. 



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian tersebut diminta menghubungi talian polis di 011-1228 5058 atau e-mel ops@lbtrust.org.



Nora dilahirkan dengan penyakit holoprosencephaly, di mana otaknya tidak terbahagi kepada dua, iaitu hemisfera otak kanan dan kiri.



Beliau “amat malu dan sering takut” dengan orang asing, untuk itu jarang berjauhan dengan ibu bapanya, menurut keluarga Nora. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >