Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga tebusan kanak-kanak Israel buat rayuan

Nov 21, 2023 | 03:21 PM



TEL AVIV: Keluarga kanak-kanak Israel yang dijadikan tebusan oleh Hamas di Gaza, pada Isnin merayu agar suara antarabangsa menuntut pembebasan mereka semasa satu bantahan di luar pejabat tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Tel Aviv.


Beberapa ratus orang penunjuk perasaan menyertai protes sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, setelah enam minggu kumpulan Hamas menyerang selatan Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan menculik kira-kira 240 tebusan.

Sekurang-kurangnya 35 daripada tebusan itu adalah kanak-kanak, dengan 18 daripadanya berumur 10 tahun ke bawah, menurut anggaran agensi berita AFP.


Angka itu termasuk bayi, yang dikatakan oleh isteri Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dilahirkan semasa dalam tawanan.

Penunjuk perasaan memegang bendera Israel, potret kanak-kanak dan alat mainan, dengan projektor menayangkan gambar besar nama, wajah dan umur mereka, di sisi bangunan yang menempatkan pejabat Unicef, agensi kanak-kanak PBB, sambil para peserta melaungkan seruan “PBB lakukan tugas anda!”.

“Bagaimana mungkin dalam menghadapi krisis ini, anak lelaki saya yang berusia 12 tahun, Erez, dan Sa’ar, 16 tahun, dan ramai kanak-kanak lain menjadi tebusan.

“Mereka ditawan secara kejam... dan dunia senyap!” kata Cik Hadas Kalderon, yang dua anaknya diculik Hamas sejak 7 Oktober lalu.

“Institusi besar seperti Unicef senyap. Adakah anda sudah lupa peranan anda?” katanya dipetik oleh pihak media.

“Di manakah hak anak-anak saya?”

Perhimpunan itu berlaku sejurus sebelum keluarga itu bertemu dengan Kabinet perang Israel, ketika khabar angin tersebar bahawa kemungkinan perjanjian tebusan akan berlaku.

Di seluruh Tel Aviv, seperti di kebanyakan bandar lain di Israel, jalan-jalan terpasang sepanduk, poster dan pelekat yang menyeru tebusan pulang dengan selamat.

Semboyan serbuan udara memberi amaran tentang roket Hamas yang menerpa secara tiba-tiba, mengganggu demonstrasi dengan beberapa orang berlari mencari perlindungan sementara yang lain merebahkan diri ke tanah.

Encik Yoni Asher, yang dua anak perempuannya, Raz dan Aviv, berusia dua dan empat tahun, adalah antara yang menjadi tebusan.

Beliau menyeru Unicef untuk membuat pendirian umum mengenai kanak-kanak Israel.

Sejak 7 Oktober, Israel telah menyerang Gaza tanpa henti dari udara, darat dan laut dengan pegawai di wilayah kendalian Hamas mengatakan, sekurang-kurangnya 13,300 orang telah terbunuh, antaranya lebih 5,600 kanak-kanak. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >