Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kematian dua tentera laut Malaysia disiasat sebagai kes bunuh

Oct 01, 2017 | 03:05 PM



IPOH: Kejadian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia meninggal dunia di sebuah bilik tahanan di Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, pada Jumaat (29 Sep) kini merupakan kes pembunuhan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Perak, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Datuk Gan Tian Kee, berkata bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati ada tanda penderaan dan kecederaan pada tubuh mereka.

"Laporan bedah siasat yang kami terima pada Sabtu bagi Nik Muhammad Baihaqy menunjukkan bahawa dia meninggal akibat pendarahan di paru-paru yang disebabkan oleh trauma kekerasan tumpul.

"Punca kematian Muhammad Laila Tuiman juga disebabkan oleh pendarahan dalam paru-paru dan trauma kekerasan tumpul pada tisu lembut," kata SAC Gan dalam satu kenyataan pada Sabtu malam.

"Kami akan mengklasifikasikan semula kes itu sebagai pembunuhan," katanya.

Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian secara tiba-tiba.

Kedua-duanya dikatakan meninggal dunia selepas mengadu keletihan semasa menjalankan latihan fizikal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, SAC Gan berkata Nik Muhammad Baihaqy sepatutnya ditahan oleh Angkatan Laut selama 45 hari, mulai Khamis.

"Dia didakwa mengelakkan tugasnya dan disyaki menggunakan dadah.

"Muhammad Lailal Tuiman juga sepatutnya ditahan kerana tidak melaporkan diri untuk bertugas tanpa kebenaran," kata SAC Gan.

"Dia sepatutnya ditahan sementara sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya.

SAC Gan berkata polis telah menahan tiga lelaki, berusia 29, 37 dan 44 tahun, berdasarkan maklumat terkini pada Sabtu, 9.30 malam.

"Ketiga-tiga orang yang ditahan bekerja pada Jumaat antara 10 pagi dan 10 malam.

"Mereka akan ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya, sambil menambah bahawa polis juga mencatatkan kenyataan daripada beberapa orang, termasuk pengawal sel tahanan yang bertugas ketika kejadian.

"Kami juga telah merampas set CCTV, tujuh tongkat, satu buku log tugas, buku prosedur operasi biasa dan beberapa telefon bimbit," katanya. -- The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >