Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kematian harian Covid-19 di India menghampiri paras rekod, seruan meningkat bagi sekatan pergerakan seluruh negara

May 09, 2021 | 04:45 PM



MUMBAI: Bilangan kes Covid-19 di India naik lebih 400,000 buat empat hari berturut-turut pada Ahad (9 Mei) sedang beberapa negeri mengenakan sekatan ketat untuk membendung penularan virus itu.


Kementerian kesihatan India melaporkan 4,092 kematian dicatat dalam masa 24 jam, membawa jumlah kematian ke 242,362.


Bilangan kes naik sebanyak 403,738, meningkatkan jumlah jangkitan sejak permulaan pandemik itu ke 22.3 juta.


India telah dilanda teruk oleh gelombang Covid-19 kedua dengan kes dan kematian mencapai rekod tinggi setiap dua hari.


Dengan kekurangan oksigen dan katil di banyak hospital, dan bilik mayat serta tempat membakar mayat yang sarat, pakar berkata bilangan kematian dan kes Covid-19 yang sebenar mungkin jauh lebih tinggi.


Banyak negeri di India telah melaksanakan sekatan ketat sepanjang sebulan lalu untuk mengekang peningkatan dalam jangkitan manakala beberapa negeri lain telah mengumumkan sekatan ke atas pergerakan orang ramai dan menutup pawagam, restoran, pub dan pusat beli-belah.


Tetapi tekanan sedang meningkat ke atas Perdana Menteri Narendra Modi untuk mengumumkan sekatan di seluruh negara serupa dengan yang dilaksanakan semasa gelombang pertama tahun lalu.


India kelmarin (8 Mei) melaporkan bilangan kematian sehari akibat Covid-19 yang tertinggi sebanyak 4,187.


Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan menganggarkan bahawa India akan melihat 1 juta kematian Covid-19 menjelang Ogos.


Sokongan telah mencurah masuk dari serata dunia dalam bentuk silinder dan pemekat oksigen, pengalih udara dan peralatan perubatan lain untuk hospital yang terbeban.


Awal minggu lalu, Penasihat Saintifik Utama kepada pemerintah K. Vijay Raghavan berkata gelombang Covid-19 ketiga tidak dapat dielakkan di negara itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >