Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kembar California lahir dalam tahun berbeza

Jan 3, 2016 | 8:56 PM
Gambar NBC7.COM
Gambar NBC7.COM -

LOS ANGELES: Sepasang bayi kembar mempunyai ibu bapa yang sama, namun 'peliknya' tahun kelahiran mereka berlainan.

Cik Maribel Valencia dari San Diego, California, melahirkan seorang bayi perempuan, Jaelyn, pada detik-detik akhir 2015, pada 11.59 malam, 31 Disember.

Namun, adik lelaki Jaelyn, bernama Luis, pula dilahirkan dua minit kemudian pada 2016, pada 12.02 pagi, 1 Januari, menurut satu laporan media setempat.

"Kami sebenarnya sedang melihat jam," kata bapa bayi kembar itu - juga bernama Luis - kepada stesen televisyen NBC.

"Kami mahu lihat jika kami antara orang pertama "yang melahirkan anak pada tahun baru," katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg