PERGOLAKAN POLITIK DI HONG KONG
Kemelut berterusan... rakyat, pemerintah terus sengketa
Meski ramai penunjuk perasaan telah beredar dari lapangan terbang tetapi grafiti - berbunyi 'hutang darah dibayar darah' - masih boleh dilihat di beberapa tempat; media China menggambarkan kempen prodemokrasi sebagai 'samseng'
Aug 14, 2019 | 05:30 AM
HONGKONG: Penunjuk perasaan antipemerintah kembali ke lapangan terbang antarabangsa Hongkong semalam selepas operasi diteruskan pada pagi, dengan lebih 200 penerbangan terus terjejas.
Sambil memekik 'hutang darah dibayar darah', kira-kira 1,500 penunjuk perasaan menyambung semula bantahan mereka di balai ketibaan petang semalam, sehari selepas beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan sama, mengakibatkan pembatalan semua penerbangan.