Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kementerian komited selesaikan masalah air Kelantan: Nik Nazmi

May 25, 2023 | 05:39 PM



KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia akan mengkaji hal kewangan bagi pembinaan loji rawatan air dan penggantian paip bagi menyelesaikan masalah air yang berlarutan di Kelantan.


Menterinya, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia adalah susulan kepada pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang secara terbuka menyatakan komitmen kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu air di negeri itu.

“Kementerian juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mencari penyelesaian terbaik bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu susulan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, dan pengurusan tertinggi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi membincangkan isu bekalan air itu.

Menurut Encik Nik Nazmi, isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk pembinaan takungan Machang atau dikenali sebagai Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang diluluskan Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan cadangan pembangunan infrastruktur bekalan air untuk TAPS yang akan dibina.


“Selain itu, perkara berkaitan pelaksanaan program pengurangan Air Tidak Mendatang Pendapatan (NRW) melalui penggantian paip usang dan hapus kira pinjaman projek bekalan air luar bandar, selaras dengan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Kelantan, turut dibincangkan,” katanya.

Perbincangan itu juga melibatkan simpanan tanah bagi loji pembetungan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan menghapus kira baki pinjaman projek pembetungan dan menukarkannya menjadi geran, tambahnya.

Dalam mesyuarat tersebut, Encik Nik Nazmi turut mengingatkan kerajaan negeri Kelantan bahawa tanpa usaha menambah baik tadbir urus AKSB, masalah air tidak akan dapat diselesaikan.

Pada 11 Mei lalu, beliau mendedahkan bahawa kaedah tadbir urus AKSB menjadi faktor utama masalah air di Kelantan tidak dapat diselesaikan selain isu peruntukan, dan perkara itu diakui bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >