Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kempen Trump turunkan dari laman web usul haramkan Muslim masuk AS

Nov 11, 2016 | 12:01 PM



NEW YORK: Sebahagian daripada cadangan paling kontroversi Encik Donald Trump yang dibuat semasa bersaing dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat lenyap daripada dari laman web kempennya pada Khamis (10 Nov), termasuk usul mengharamkan orang Islam memasuki negara itu dan janji akan membatalkan Perjanjian Iklim Paris.



Pautan ke cadangan pada 7 Disember yang bertajuk: 'Kenyataan Donald J. Trump mengenai Mencegah Imigresen Muslim' lenyap, bersama senarai beliau bagi calon berpotensi bagi menjadi hakim Mahkamah Agung dan butiran tertentu rancangan pembaharuan kawal selia ekonomi dan pertahanan beliau.



Kempen Trump tidak respons apabila ditanya mengenai perkara itu.



Pautan tersebut nampaknya diturunkan sekitar hari pilihan raya pada Selasa (8 Nov), apabila Encik Trump, daripada parti Republikan, mengalahkan calon Demokratik, Cik Hillary Clinton.



Dalam penampilan di CNBC pada Khamis, Puter Al-Waleed bin Talal dari Arab Saudi memuji Encik Trump kerana menurunkan cadangan mengenai larangan ke atas orang Islam itu daripada laman webnya dan juga berkata Encik Trump telah memadamkan daripada akaun Twitter beliau kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam.



Dalam satu sidang media bersama pemimpin hak sivil lain pada Khamis, presiden Jawatankuasa Antidiskriminasi Amerika-Arab, Encik Samer Khalaf, berkata kumpulan itu masih bimbang tentang kesan dasar Encik Trump ke atas umat Islam.



"Kami berterima kasih kepada beliau kerana menurunkan kata-kata itu," ujar Encik Khalaf, merujuk kepada cadangan larangan ke atas Muslim, "tetapi anda tahu, kata-kata adalah satu hal, tindakan adalah sesuatu yang berbeza sama sekali."



Kebanyakan pos berkaitan dasar teras Encik Trump kekal di laman webnya, termasuk janji akan membina "tembok fizikal yang tidak dapat ditembusi" di sempadan dengan Mexico dan membuat Mexico membayar kos pembinaannya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >