Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemudahan imigrasi pintu masuk ePasport UK akan diluaskan ke warga Singapura mulai musim panas 2019

Dec 04, 2018 | 04:17 PM



LONDON - Warga Singapura yang mengunjungi Britain akan dapat menggunakan pintu masuk ePasport automatik apabila memasuki negara itu mulai musim panas 2019, kata Setiausaha Pejabat Ehwal Dalam Negeri Britain, Encik Sajid Javid, hari ini (4 Disember).



Kemudahan itu, yang buat masa ini cuma ditawarkan kepada warganegara British dan Kesatuan Eropah, akan membolehkan pemprosesan lebih cepat dan selamat bagi penumpang yang memasuki sempadan Britain.



Kemudahan pintu masuk ePasport itu juga akan diluaskan kepada pemegang pasport Korea Selatan.



Usulan baru itu dibangunkan atas rancangan membolehkan warganegara Amerika Syarikat, Canada, New Zealand, Australia dan Jepun menggunakan pintu masuk ePasport,



Ini akan memberi tambahan 6.5 juta penumpang laluan automatik ke Britain setiap tahun.



Pintu masuk ePasport menggunakan teknologi pengenalan wajah bagi membandingkan gambar pasport penumpang dengan paras rupa mereka.



Sesiapa yang ditolak oleh pintu masuk itu akan dihantar ke saluran alternatif bagi pemeriksaan oleh pegawai Pasukan Sempadan yang memantau sistem itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >