Kenaikan tarif AS ke atas China dikuat kuasa
May 11, 2019 | 05:30 AM
WASHINGTON: Kenaikan tarif daripada 10 peratus kepada 25 peratus yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion ($273 bilion) berkuatkuasa semalam.
Ia sekali gus meningkatkan ketegangan antara dua negara itu sedang mereka menjalankan rundingan saat akhir untuk cuba menyelamatkan sebuah perjanjian perdagangan.