Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Kenapa perlu beri subsidi kepada orang kaya?: Menteri M’sia

May 26, 2023 | 05:17 PM



PUTRAJAYA: Pemberian subsidi kepada golongan kaya adalah satu kesilapan dan perlu diperbetulkan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan.


Beliau berkata kerajaan Malaysia sekarang sedang memperbetulkan kesilapan itu supaya adil terhadap rakyat, terutama golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Orang kaya tak perlu subsidi pun, kenapa kita perlu beri subsidi kepada orang kaya? Negara mana di dunia ini yang beri subsidi kepada orang kaya berbanding beri subsidi kepada orang miskin? Tiada, hanya Malaysia.

“Jadi dasar subsidi Malaysia itu silap,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan pada Jumaat, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Ahmad berkata kerajaan sedang merangka pelaksanaan subsidi secara bersasar agar golongan berpendapatan 20 peratus tertinggi (T20) tidak akan terkesan secara mengejut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata golongan berpendapatan tinggi T20 tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta bantuan kewangan haji.

Bagi tujuan itu, Pangkalan Data Utama (Padu) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

Datuk Ahmad menambah, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam jawapannya di Parlimen pada Khamis, memberitahu bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari tempoh 1 Januari hingga Jun adalah RM5.6 bilion ($1.64 bilion).

“Dengan sebanyak itu, bermacam-macam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai nilai ringgit yang semakin merosot, Datuk Ahmad berkata terpulang kepada Bank Negara mencari “penyelesaian” untuk mengukuhkan ringgit, yang telah menyusut nilainya di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai isu siling hutang Amerika Syarikat.

Kementerian Kewangan juga akan menyerahkan perkara itu kepada bank pusat dan melahirkan keyakinan bahawa mereka akan mencari penyelesaian.

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan pertimbangan Bank Negara kerana mereka adalah pakar dan mempunyai pengetahuan yang lebih baik untuk mengendalikan perkara sebegini,” katanya, lapor The Star.


Datuk Ahmad berharap kedudukan semasa nilai ringgit pada RM4.64 berbanding AS$1 tidak akan berterusan.

Namun, beliau berkata terdapat beberapa kelebihan berkaitan kejatuhan ringgit.

“Ini termasuk mendorong sektor eksport dan pelancongan khususnya menggalak kedatangan pelancong asing.

“Namun terdapat kebimbangan bahawa sektor import akan terjejas dan lebih mahal. Ini juga boleh menyebabkan inflasi dan membebankan pelajar kita yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,” tambahnya.

Ringgit terus berada di bawah tekanan ekoran ketidaktentuan hasil perbincangan siling hutang Amerika walaupun hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir.

Ringgit juga semakin menurun berbanding dolar Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >