Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenyataan hina mengenai perang Yaman: Saudi usir duta besar Lebanon dari Riyadh

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



RIYADH/BEIRUT: Arab Saudi memanggil pulang dutanya di Lebanon dan memberi tempoh 48 jam untuk perwakilan Beirut meninggalkan Riyadh.



Arab Saudi mengumumkan perkara itu kelmarin, setelah Menteri Penerangan Lebanon, Encik George Kordahi, didakwa membuat kenyataan berbaur 'penghinaan' mengenai peperangan di Yaman.



Keputusan tegas itu yang diambil bersama tindakan menghentikan import, memberikan satu lagi tamparan hebat kepada Lebanon yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi.



Menurut Bank Dunia, krisis ekonomi itu disifatkan antara yang paling buruk di dunia sejak pertengahan abad ke-19.



Perdana Menteri Lebanon, Encik Najib Mikati, kelmarin melahirkan rasa kesal atas tindakan Arab Saudi itu.



"Kami amat kesal dengan keputusan Arab Saudi, serta berharap ia akan dipertimbangkan semula. Kami akan terus berusaha untuk menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan," katanya.



Encik Mikati mengulangi komitmen pemerintahnya bagi menjaga hubungan baik dengan Arab Saudi dan menggesa rakan-rakan Arab untuk mengenepikan krisis diplomatik itu.



Kerajaan Saudi membuat keputusannya selepas Encik Kordahi menyifatkan tindakan militia Houthi Yaman sebagai "mempertahan diri" dari serangan sekutu tentera yang dipimpin Arab Saudi.



Dalam satu sidang akhbar pada Rabu lalu, Encik Kordahi menepis dakwaan yang menuduhnya mencabar Arab Saudi dan berkata, "tiada siapa harus menentukan apa yang perlu dilakukan oleh Lebanon untuk mengekalkan seorang menteri dalam pemerintah ataupun tidak".



Parti Hezbollah yang menguasai pemerintah Lebanon enggan tunduk kepada tuntutan Saudi agar Kordahi meletak jawatan. - Agensi berita, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >