Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenyataan hina Nabi: Indo, M'sia kemuka bantahan kepada duta India

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia dan Malaysia telah memanggil duta India di negara mereka berkaitan kenyataan menghina yang dibuat mengenai Nabi Muhammad oleh dua anggota parti pemerintah.



Langkah itu diambil sedang kemarahan merebak ke seluruh Dunia Arab dan Islam, dengan pelbagai negara di Timur Tengah memanggil duta New Delhi.



Kenyataan seorang jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, yang telah digantung tugasnya, telah mencetuskan kekecohan itu.



Seorang lagi anggota BJP yang juga ketua media parti bagi Delhi, menyiarkan ciapan minggu lalu mengenai Nabi Muhammad yang kemudian dipadamkan.



Jurucakap kementerian luar Indonesia, Encik Teuku Faizasyah, mengesahkan kepada AFP bahawa duta India di Jakarta, Encik Manoj Kumar Bharti, telah dipanggil Isnin lalu dengan pemerintah Indonesia membuat aduan mengenai kenyataan anti-Muslim anggota BJP itu.



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter Isnin lalu, kementerian itu menyatakan Indonesia "mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina yang tidak boleh diterima" yang dibuat dua ahli politik India terhadap Nabi Muhammad.



Ciapan itu tidak menyebut nama pegawai tersebut tetapi difahamkan merujuk kepada jurucakap BJP, Cik Nupur Sharma, dan ketua media Delhi, Encik Naveen Jindal, yang dipecat daripada parti, menurut laporan media India.



Sementara itu, Malaysia juga "mengutuk kenyataan menghina" oleh ahli politik India itu, kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan lewat kelmarin, sambil menambah bahawa ia telah menyampaikan bantahan sepenuhnya kepada duta India.



"Malaysia meminta India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan," katanya.



Parti Encik Modi, yang dalam sedekad lalu telah mendominasi politik India dengan memperjuangkan identiti Hindu, sering dituduh melakukan dasar diskriminasi terhadap minoriti Islam di negara itu.



Ahad lalu, BJP menggantung tugas Cik Sharma sambil menegaskan "pandangannya bertentangan dengan pendirian parti" dan berkata ia "menghormati semua agama".



Sementara itu, polis di utara India menahan seorang ketua pemuda dari BJP kerana menyiarkan komen anti-Muslim di media sosial.



Encik Harshit Srivastava, ketua pemuda parti itu, telah ditangkap di bandar Kanpur berikutan ketegangan komunal semasa bantahan penduduk Muslim yang mengecam komen anti-Islam itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >