Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kepala penunggang motosikal warga S'pura terpenggal dek kemalangan di JB

Jun 16, 2019 | 06:04 PM



JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura terpenggal kepalanya apabila motosikal BMW yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 6.6 Jalan Gelang Patah dekat Iskandar Puteri semalam.



Ketua Polis Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata penunggang motosikal berusia 43 tahun itu yang dikenal pasti sebagai Liaw Ziang E, sedang dalam perjalanan ke Ulu Choh dari Gelang Patah apabila beliau terlanggar van Hiace Toyota yang dipandu seorang lelaki warga Malaysia pada 9.33 pagi, menurut laporan New Straits Times. 



"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku ketika van tersebut yang dari arah Ulu Choh menuju Gelang Patah hendak membelok kanan di simpang dan mangsa yang datang dari arah bertentangan dengan kelajuan cepat, merempuhnya.



"Impak berkelajuan tinggi perlanggaran itu menyebabkan kepala mangsa terpenggal dan tercampak ke tengah jalan," kata beliau dalam satu kenyataan.



Bagaimanapun, pemandu van berusia 28 tahun itu tidak cedera. Pemandu van itu telah ditahan polis untuk membantu dalam siasatan. 



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >