Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kepimpinan G20 diperlukan bagi urus krisis iklim: PM Lee

Nov 01, 2021 | 01:16 AM

ROME: Perubahan iklim dan kemampanan adalah fokus perbincangan Kumpulan 20 (G20) pada Ahad (31 Oktober) di mana Perdana Menteri Lee Hsien Loong berikirar bahawa Singapura komited memainkan peranannya dalam isu-isu ini.

Krisis iklim kekal sebagai "cabaran masa kini yang wujud" dan kepimpinan G20 amat diperlukan pada masa yang genting ini, katanya.

Encik Lee menambah bahawa beliau gembira mendengar kemampanan akan terus menjadi keutamaan di bawah kepimpinan Indonesia dalam pengelompokan tahun depan.

Sidang Puncak G20 yang menyatukan pemimpin 20 ekonomi terbesar dunia dan tetamu undangan menampilkan Italy sebagai tuan rumah yang akan menyerahkan kepresidenan  kepada Indonesia tahun depan.

Sidang puncak yang berlegar sekitar tema manusia, planet dan kemakmuran ini ditutup tirai pada Ahad (31 Oktober) dengan disertai permulaan Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau COP26 di Glasgow yang turut dihadiri ramai pemimpin.

"Tepat pada masanya juga COP26 bermula hari ini. Sama ada gelombang haba, paras laut meningkat, hujan lebih lebat atau banjir kerana sebagai negara pulau kecil, Singapura terdedah pada keadaan sebegini."

Dalam ucapannya, Encik Lee mengusulkan tiga cara di mana krisis iklim mungkin dicegah.

Pertama, negara-negara perlu segera memanfaatkan teknologi yang akan melancarkan peralihan pada masa depan karbon rendah, menghasilkan pengurangan bahan pengeluaran lebih dimampui dan mampan dalam jangka masa panjang.

Singapura sedang melaksanakan perkara ini dengan menambah sebanyak empat kali ganda penghasilan tenaga solar antara 2020 dengan 2025, katanya.

Ia juga sedang menelaah dan melabur dalam huraian karbon rendah lanjutan seperti tangkapan karbon, teknologi pemanfaatan dan tampungan serta penggunaan hidrogen.

Kemudian, dunia perlu mempertingkat skala kewangan mampan.

Ia akan menjadi lebih penting buat Asia dan ekonomi baru lain untuk membuka kunci pembiayaan swasta, jelas Encik Lee.

"Hingga ke akhirnya, kami perlu melaksanakan satu set piawaian global bagi pendedahan dan laporan. Kami perlu membangun taksonomi bagi kegiatan hijau dan peralihan serta memperbaiki mutu, kebolehsediaan dan kebolehcapaian data," tambahnya.

Sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa, Singapura komited menyokong pembangunan keupayaan kewangan mampan. Ia akan juga menggerakkan modal persendirian menerusi huraian inovatif dan mewujudkan mangkin bagi strategi pelaburan berkaitan iklim.

Akhir sekali, dunia ini memerlukan kerjasama antarabangsa mengenai inisiatif mampan.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3