Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Keputusan mahkamah kes rempuhan stadium di Malang dikritik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Keputusan mahkamah kes rempuhan stadium di Malang dikritik

Mar 19, 2023 | 08:20 PM

JAKARTA: Masyarakat sivil melahirkan kekecewaan terhadap keputusan kes berkaitan tragedi stadium bola sepak Kanjuruhan terutama pembebasan dua pegawai polis, yang didakwa gagal memberikan keadilan kepada mangsa tragedi itu.

Pengarah Eksekutif Amnesty International (Amnesty) Indonesia, Encik Usman Hamid, berkata pihak berkuasa gagal memastikan keadilan kepada mangsa.

Beliau berkata beberapa bulan selepas tragedi menggemparkan dunia mengakibatkan 135 orang terbunuh dalam rempuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, hanya segelintir orang disabitkan kesalahan.

“Amnesty Indonesia mengulangi gesaan untuk melancarkan siasatan segera, teliti dan bebas terhadap tindakan mengerikan pasukan keselamatan di stadium, di mana gas pemedih mata dilepaskan ke arah orang ramai yang mencetuskan rempuhan di pintu keluar.

“Keluarga mangsa difahamkan kecewa dengan keputusan kes yang disifatkan tidak adil,” katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Daerah Surabaya menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Hasdarmawan iaitu komander unit briged bergerak Polis Jawa Timur, kerana kecuaian di Stadium Kanjuruhan.

Di mahkamah yang sama juga, hakim mengisytiharkan Bambang Sidik Achmadi, bekas pegawai Polis Malang yang dituduh mengarahkan orang bawahannya menembak gas pemedih mata, tidak bersalah.

Seorang lagi pegawai Polis Malang, Wahyu Setyo Pranoto, turut didapati tidak bersalah.
Pada 9 Mac, mahkamah memenjarakan dua pegawai perlawanan bola sepak kerana cuai iaitu ketua jawatankuasa penganjur, Abdul Haris, selama 18 bulan dan pegawai keselamatan, Suko Sutrisno, selama setahun penjara. – Agensi berita
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3