Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Keputusan mengenai VTL ditetapkan dua hari sebelum 20 Jan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Keputusan mengenai VTL ditetapkan dua hari sebelum 20 Jan

Menteri Pengangkutan M'sia: langkah gantung sementara operasi VTL-Udara, VTL-Darat akan dilanjut atau tidak bergantung pada keadaan
Jan 01, 2022 | 05:30 AM

JOHOR BARU: Keputusan berkenaan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) udara dan darat antara Malaysia dengan Singapura akan ditetapkan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum 20 Januari ini apabila penggantungan sementara skim itu dijangka berakhir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan sama ada penggantungan sementara itu akan diteruskan atau VTL-Udara dan VTL-Darat akan terus beroperasi bergantung pada keadaan ketika itu.

"Masih terlalu awal untuk memberitahu kerana masih ada tiga minggu lagi.

"Apa yang kita tahu ialah kuota akan dikurangkan tetapi ini semua tergantung pada keadaan Covid-19 pada masa itu seperti kemunculan Omicron atau varian lain.

"Barulah kami akan membuat penilaian mengenai itu," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dua jam dengan jawatankuasa perhubungan Persatuan Cina Malaysia Johor kelmarin.

Beliau menambah, rakan sejawatannya dari Singapura, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, telah menghubunginya pada 21 Disember lalu untuk memaklumkan secara rasmi keputusan republik itu mengenakan had ke atas bilangan ketibaan VTL buat sementara waktu.

Dr Wee berkata kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan Singapura sebagai rakan kongsi demi menjaga pembangunan dan kemampanan rangkaian pengangkutan di antara Malaysia dengan Singapura.

Semua penjualan tiket bas dan penerbangan dari Malaysia ke Singapura di bawah VTL telah digantung dari 23 Disember 2021 hingga 20 Januari 2022 berikutan keputusan Singapura membekukan perjalanan rentas sempadan berikutan peningkatan jumlah kes import Covid-19.

Bagaimanapun, semua pengunjung yang sudah memegang tiket penerbangan atau bas untuk VTL dan memenuhi keperluan VTL boleh meneruskan perjalanan mereka.

Awal sebelum ini, dilaporkan bahawa Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura mengatakan, kapasiti dan penjualan tiket bagi VTL darat akan dikurangkan sebanyak separuh mulai 21 Januari.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pula berkata ia akan mengehadkan penjualan tiket VTL udara kepada 50 peratus kuota yang disediakan.

Langkah berjaga-jaga tambahan juga akan dilaksana bagi melindungi masyarakat penerbangan termasuk pemakaian peralatan perlindungan diri tambahan, pelitup N95 dan pelindung muka bagi semua kakitangan lapangan terbang yang berinteraksi dengan penumpang yang tiba di Singapura. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3