Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keputusan sama ada mahu tarik balik penggantungan VTL S'pura-M'sia dibuat 2 hari sebelum 20 Jan

Dec 31, 2021 | 11:27 AM



JOHOR BARU: Keputusan berkenaan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) udara dan darat antara Malaysia denan Singapura akan ditetapkan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum 20 Januari tahun depan apabila penggantungan sementara skim itu dijangka berakhir.



Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata keputusan sama ada penggantungan sementara itu akan diteruskan atau VTL-Udara dan VTL-Darat akan terus beroperasi bergantung kepada keadaan semasa ketika itu.



“Masih terlalu awal untuk memberitahu kerana masih ada tiga minggu lagi.



“Apa yang kita tahu ialah kuota akan dikurangkan tetapi ini semua tergantung pada situasi Covid-19 pada masa itu seperti kemunculan Omicron atau varian lain.



“Baru lah kami akan membuat penilaian mengenai itu,” kata beliau semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dua jam dengan jawatankuasa perhubungan Persatuan Cina Malaysia Johor semalam.



Beliau menambah bahawa rakan sejawatannya dari Singapura, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran telah menghubunginya pada 21 Disember lalu untuk memaklumkan secara rasmi keputusan republik itu untuk mengenakan had ke atas bilangan ketibaan VTL buat sementara waktu.



Dr Wee berkata kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan Singapura sebagai rakan kongsi untuk menjaga pembangunan dan kemampanan rangkaian pengangkutan antara Malaysia dan Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >