Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan akan terus berfungsi walau Umno tidak sokong: Bersatu

Jul 08, 2021 | 11:18 PM



KUALA LUMPUR: Parti Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, menjelaskan pada Khamis (8 Julai) bahawa kerajaan akan terus berfungsi walaupun Umno mengundurkan diri daripada menyokongnya.



Di sebalik ketidakpastian jika Muhyiddin akan terus meraih sokongan majoriti tanpa Umno, parti terbesar dalam Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata keputusan Umno tiada kesan pada tugasan kerajaan, lapor akhbar The Straits Times.



"Dalam sistem demokrasi Westminster, kerajaan yang dibentuk seorang Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti Anggota Parlimen," jelas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.



Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pada awal Khamis bahawa Majlis Tertinggi telah mengambil keputusan untuk tidak menyokong Perdana Menteri dan meminta agar Muhyiddin meletakkan jawatan. Beliau mendakwa wujud beberapa kegagalan pemerintahan Muhyiddin dalam menangani pandemik Covid-19 ini dan memulihkan ekonomi.



Bagaimanapun, tidak jelas jika semua 38 Anggota Parlimen Umno akan mengikuti langkah parti yang dinyatakan.



Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata majlis tertinggi bersetuju bahawa Anggota Parlimen boleh mengundi di Parlimen mengikut penilaian mereka tetapi harus kekal dipandu keputusan parti.



Satu kenyataan yang tidak ditandatangani dikatakan telah dikeluarkan Anggota Parlimen dari perikatan Barisan Nasional yang dipimpin Umno bahawa mereka boleh terus menyokong PN walaupun bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoalkan kesahihannya. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >