Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan Johor tinjau pasang kamera litar di kaunter pemeriksaan imigresen

Jun 23, 2018 | 02:41 PM



JOHOR BARU - Kerajaan Johor sedang meninjau kemungkinan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pemeriksaan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru (CIQ) menyusuli aduan mengenai isu disiplin di kalangan pegawai imigresen.



Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Prasarana dan Pengangkutan Johor Mazlan Bujang berkata pada awal minggu ini bahawa jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk meninjau isu disiplin, termasuk pegawai melayari telefon bimbit semasa bekerja dan datang  lewat. Masalah itu dikatakan menyebabkan kelewatan masa pembukaan beberapa kaunter.



"Ini adalah tuduhan serius berhubung isu disiplin. Kita perlu memperbaiki keadaan di CIQ untuk memastikan kita dapat membantu mengurangkan kesesakan," menurut The Star menukil Encik Mazlan pada Isnin (18 Jun).

"Tidak ada gunanya saling menyalahkan kerana banyak agensi beroperasi di CIQ," katanya.



Beliau berkata kamera litar masih kurang dan lebih banyak perlu ditambah bagi  meningkatkan keselamatan segera, sambil menambah bahawa sejumlah RM90 juta ($30.5 juta) telah diketepikan untuk penyenggaraan CIQ.



"Kita perlu melihat langkah jangka panjang," kata beliau yang melakukan lawatan selama dua jam ke CIQ baru-baru ini.



The Star sebelum ini melaporkan bahawa dua kawasan tanah melintasi Singapura - CIQ Johor Bahru dan CIQ lain di Link Kedua - perlu dibaiki segera.



Antara isu yang timbul termasuk keperluan mempunyai lebih banyak tenaga kerja, gantri, pemutus laju dan CCTV.



Selain Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam juga menghadapi masalah kerana ia tidak mempunyai mesin imbasan yang mencukupi di kedua-dua CIQ hingga mengakibatkan kesesakan. Pengimbas juga sering pecah sehingga kesesakan berlaku.--  The Straits Times, The Star.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >