Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan Malaysia akan jelaskan di parlimen $970j yang diterima Najib

Oct 20, 2015 | 03:42 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dijangka menjelaskan tentang derma politik sebanyak AS$700 juta ($970 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang Parlimen sekarang, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.


"Ini akan dijawab bersama soalan serupa lain pada sidang ini, pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan dua anggota parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng dan Encik Lim Lip Eng, pada Isnin (19 Okt).


Kedua-dua anggota parlimen pembangkang itu meminta Datuk Seri Najib Razak menyatakan sumber dana politik itu dan siapa mendapat manfaat daripadanya.


Encik Lim Lip Eng juga meminta Datuk Seri Najib menjelaskan laporan yang mendakwa AS$993 juga hilang daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Dana itu dimaksudkan sebagai bayaran kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).


Sementara itu dalam satu hal berkaitan, Kementerian Kewangan berkata sebarang maklumat berhubung pentadbiran 1MDB "sulit dan peribadi".


Ia berkata demikian sebagai respons kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), yang mahu butiran faedah tahunan dan bonus yang dibayar 1MDB kepada ketua pegawai eksekutifnya sejak penubuhan syarikat itu pada 2009.


Beliau juga meminta butir-butir elaun tahunan yang diperuntukkan bagi pengerusi 1MDB dan lembaga pengarahnya pada tahun sama.


"1MDB ialah syarikat yang terikat pada Akta Syarikat 1965, di mana semua perjanjian mengikat, termasuk kontrak pekerjaan, adalah sulit dan peribadi," ujar jawapan itu. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >