Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan M'sia batal langkah ambil alih empat lebuh raya

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah membatalkan rancangan mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang daripada Gamuda Berhad (Gamuda) membabitkan nilai RM6.2 bilion ($2.01 bilion), yang ditawarkan pada 2019.



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bebanan yang perlu ditanggung kerajaan untuk melaksanakan pengambilalihan itu lapor Berita Harian Malaysia.



Empat lebuh raya terbabit ialah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT), KESAS Sdn Bhd dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART).



Namun Datuk Seri Fadillah berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan terbaharu daripada Gamuda dan syarikat pengendali lebuh raya dalam bandar yang lain, bagi menggantikan penyelesaian jangka panjang membabitkan isu tol.



Berdasarkan cadangan itu, kadar tol di lebuh raya tidak akan dinaikkan sehingga tamat tempoh konsesi, namun tempoh konsesi mungkin dilanjutkan.



"Kabinet sudah putuskan bahawa kerajaan tidak akan ambil alih empat lebuh raya Gamuda disebabkan bebanan yang perlu ditanggung oleh kerajaan.



"Perkara ini sedang dinilai oleh Kementerian Kerja Raya, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan dan apabila ada keputusan, kita akan umumkan," katanya ketika ditemui media semalam.



Langkah pengambilalihan empat lebuh raya utama merupakan salah satu usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang memerintah sebelum ini, untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya akibat kenaikan tol jalan raya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >